Wednesday, June 10, 2009

DOA KEBERSIHAN

﴿ اَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلٰهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولَهُ اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ مِنَ التَّوَابِيْنَ وَاجْعَلْنِيْ مِنَ المُتَطَهِّرِيْنَ وَاجْعَلْنِيْ مِنْ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ ﴾

Ashhadu an la ilaha illallah, wahdahu la syarikalahu, wa ashhadu anna muhammadan, abduhu wa rasuluhu, allahummaj alni minattawwabiin, waj alni minal mutatohhirin, waj alni min ibaadikassolihin.

“Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah, hanyalah Dia yang Satu, tiada sekutu baginya dan aku bersaksi bahawa nabi Muhammad adalah hambaNya dan utusanNya. Ya Allah, jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang bertaubat, dan jadikan aku dari golongan orang-orang yang bersih, dan jadikan aku dari golongan orang-orang yang solih (baik).”

DOA KEBERSIHAN HATI

﴿ اَللَّهُمَّ طَهِّرْ قَلْبِيْ مِنَ النِّفَاقِ وَ حَصِّنْ فَرْجِيْ مِنَ الفَوَاحِشْ ﴾

Allahumma, thohhir qolbi minannifaq, wa hassin farji minalfawahish.

“ Ya Allah, bersihkanlah hatiku daripada nifaq dan peliharalah kemaluanku dari melakukan perkara yang keji.”

DOA KEINDAHANA BUDI

﴿ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ كَمَا حَسََّنْتَ خَلْقِيْ فَحَسِّنْ خُلُقِيْ ﴾

Alhamdulillah, kama hassanta kholqi, fa hassin khuluqi.

”Segala puji bagi Allah, sebagaimana Engkau telah mengindahkan kejadianku, maka perindahkanlah akhlakku.”

DOA WAKTU PETANG

﴿ اَللَّهُمَّ بِكَ اَمْسَيْنَا وَبِكَ اَصْبَحْنَا وَبِكَ نَحْيَا وَبِكَ نَمُوْتُ وَإِلَيْهِ اَلمََصِِيْرُ ﴾

Allahumma,bika amsaina, wa bika asbahna, wa bika nahya,wa bika namuut, wa ilaihinnusyur.

“Wahai Tuhan, KeranaMU kami berpetang, keranaMu kami Berpagi,keranaMu kami hidup, keranaMu kami mati dan kepadamMu kami akan kembali.”

DOA WAKTU PAGI

﴿ اَللَّهُمَّ بِكَ اَصْبَحْنَا وَبِكَ اَمْسَيْنَا وَبِكَ نَحْيَا وَبِكَ نَمُوْتُ وَإِلَيْهِ النُّشُوْرُ ﴾

Allahumma,bika asbahna, wa bika amsaina, wa bika nahya,wa bika namuut, wa ilaihinnusyur.

“Wahai Tuhan, KeranaMU kami Berpagi, keranaMu kami berpetang,keranaMu kami hidup, keranaMu kami mati dan kepadamMu kami akan kembali.”

Allahu akbar

﴿ لَقَدْ تَرَكْتُ فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا إِنْ تَمَسَّكْتُمْبِهِمَا,كِتَابَ اللهِ وسُنَّتَ رَسُولُ اللهِ ﴾ -رواية مالك.

“Sesungguhnya aku telah tinggalkan kepada kamu DUA perkara, tidak akan sesat selama kamu berpegang dengan keduanya:iaitu Kitab ALLAH dan Sunnah Rasulullah”
(Hadis riwayat Malik[1])
[1] Juga dinamakan hadith Mashur kerana terkenal dikalangan para ulama’ hadith dan ulama’-ulama’ lain.

Allahu akbar

﴿ قَالَ اللهُ تَعَالَى:أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِيْ بِيْ وَأَنَا مَعَهُ حَيْثُ يَذْكُرُنِيْ ﴾ -رواية بخاري ومسلم.

Rasulullah bersabda
”Firman ALLAH Taala: Aku menurut prasangka hambaku dan aku bersamanya dimana saja ia sebut (ingat) akan Daku.”
(Hadith riwayat Imam Bukhori dan Imam Muslim)